Monday, 19 March 2012

Dunia macam-macam
Kerana Engkau Insan Terpilih
Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan
duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini
penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun
langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu
mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah
berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas,
bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal
kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu
di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan
engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia
sentiasa waspada..
Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa.
Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah.
Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang
punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan
masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah
Maha Mlihat.
Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu
hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti
tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu
ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa,
zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah
berjanji dalam kalamNya Izzati..
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah
sepenuh hatimu..
Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.
Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah
perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan.
Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan.
Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal
hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju
sebuah keabadian..
Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara
ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi,
hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu
dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu
dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.
Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah
atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya
dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang
abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti.
Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah
pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji.
Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya
Syaidina Abu Bakar..
Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di
landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya,
menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar
tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja
menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan
habuan yang lebih besar kelak.
Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan
terpilih.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment